Result UPU : aku lepasan asasi sains


Rasa kekok pulak nak menaip dekat blog nie..Lama sangat tak update..dah terabai blog nie..ish ish ish..nak kata busy ? tak sangat.aishh..bukan apa..line internet slow sama..tu yang jadi malas nak update..nie mula menaip pun sebab nak buat karangan perihal peribadi untuk loan mara..kalau tak sebab tu tak tau bila nak update blog nie..haha

So nak dijadikan cerita..Result UPU dah keluar dua hari lepas..nak kata aku duk tunggu UPU memang tak la..sah-sah aku akan dapat UNIMAS jugak..sebab aku kan lepasan asasi dekat UNIMAS..dah jadi anak tiri diorang dah..Alhamdulillah UNIMAS bagi pilihan pertama dekat aku..IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (UNIMAS)..nampak ? hebat tak aku ? haha..bukan nak belagak..nie la untungnya bila ambil asasi sains dekat UNIMAS..pointer aku pun bukan la hebat sangat..but i'm so grateful that i got it..

#throwback
masa SPM dulu aku 3 dapat tawaran untuk sambung belajar

  1. Foundation in science and technology (ENGINEERING) (UNIKL)
  2. Asasi sains fizikal (Universiti Malaysia Sarawak)
  3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang KMPP (sains)

Aku pun fikir punya fikir..aku pilih Asasi sains fizikal dekat UNIMAS..kononnya nak duk jauh sikit..nak grab experience kat sana..Alhamdulillah dapat jugak belajar dekat tempat orang..haha..so kalau aku buat asasi dekat UNIMAS sah-sah aku kena sambung degree dekat sana jugak..


Tapi bila habis je foundation dekat sana aku terus decide nak sambung degree dekat semenanjung..jangan tanya sebab apa..haha..so aku pun apply la UNIKL..pilihan pertama UNIKL BMI >UNIKL MICET>UNIKL MFI..alhamdulillah dapat pilihan pertama..hmm..nak kena pilih lagi antara dua nie


  1. Bachelor Engineering Technology in Electrical (UNIKL BMI)
  2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (UNIMAS)

Dua-dua kos aku minat..ada pro and cons dia..fikir lama jugak..aishh..masa depan kot..mana boleh main-main kan..aku pun decide aku pilih UNIKL atas beberapa sebab..haha..sebab apa aku pilih UNIKL maybe next entri..


UNIKL BMI here I come 


Comments

  1. bro, waktu asasi dapat pointer berapa untuk sem 1? saya dapat 2.66 untuk sem 1 (saya batch 7, 2016/2017) & takut pulak nanti stuck waktu pemilihan degree. saya nak sangat civil engineering ;(

    ReplyDelete
  2. Bro, nak tanya. Sijil asasi valid sampai bila ek? Saya lepasan asasi 2018/2019, boleh ke kalau nak mintak upu next year?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

#part 1 : Asasi Sains Fizikal UNIMAS

ibu bapa yang mengongkong anak-anak ?