siapa Nailah Al-Farafishah ?



          NAILAH
  AL-FARAFISHAH
         (Si Cantik Yang Penuh Cinta)


Biodata Nailah al-Farafishah
  1. Isteri kepada Khalifah Uthman Ibn Affan
  2. Cerdik,mempunyai rupa paras yang cantik,budi pekerti mulia
  3.  Berkahwin dengan Khalifah Uthman Ibn Affan sewaktu berumur 18 tahun , sedangkan Khalifah Uthman Ibn Affan berumur 81 tahun
  4.  Dikurniakan seorang anak iaitu Maryan Binti  Uthman
PERTARUHKAN NYAWA
    Di akhir pemerintahan Khalifah Uthman,rumah baginda dikepung pemberontak selama 50 hari.Selama tempoh tersebut,Nailah berada di sisi suaminya.Pemberontak membaling batu dan memanah ke rumah baginda.Nailah nekad mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan suami tercinta.Sewaktu pedang dihayunkan ke tubuh baginda,Nailah menahan pedang tersebut sehingga putus jari-jarinya.Nailah ditolak dan pemberontak menikam tubuh Khalifah Uthman.Nailah berkata
   
   "Sungguh kalian membunuhnya sedangkan dia telah menghidupkan malam dengan al-Quran dalam rangkaian rakaat"
fitnah bertebaran 

Pembunuhan Khalifah Uthman mencetuskan fitnah yang besar di kalangan masyarakat islam.Nailah menghantar surat kepada Muawiyah bagi menuntut keadilan kepada suaminya.Beliau mengingatkan Muawiyah tentang
"Dan kalau dua golongan dari kaum Mukmininitu berperang,maka hendaklah kamu damaikan antara keduanya,kalau yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada orang lain,maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah"
          (surah al-Hujurat ayat sembilan) 

Nailah menjadi inspirasi bagi para Muslimah yang ingin membahagiakan suami di dunia dan akhirat


Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

#part 1 : Asasi Sains Fizikal UNIMAS

ibu bapa yang mengongkong anak-anak ?