Tetamu

Monday, 15 April 2013

semakan matrikulasi sesi 2013/2014

Assalamualaikum


Post kali ini khas untuk lepasan SPM 2012 yang nak sangat masuk matrik termasuklah aku...hehe...ramai yang kata matrik nie susah belajar la...subjek yang compact dan pembelajaran yang laju laa..kalau pointer tak cemerlang kena lelong bagai la...macam-macam la aku dengar pasal pros dan contras matrik nie...tapi aku ketepikan semua contras tuh...pros yang agak memotivate aku ialah abang aku dan kawan dia cakap yang matrik nie bagus untuk student yang nak tebus balik apa yang dia dapat time SPM dulu...So better pulun dekat matrik...Okay okay !!! melencong terus dari tajuk post..haha


Korang boleh semak keputusan permohonan matrikulasi pada 25 APRIL 2013 dengan tiga cara :


1.     Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884   4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
2.     Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – klik sini
3.     SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888


syarat-syarat untuk masuk matrikulasi

jurusan sains

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Kimia
C Matematik Tambahan
C Dalam mana-mana satu (1) yang berikut:
1) Fizik 2) Biologi

jurusan perakaunan
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
C Dalam mana-mana dua (2) yang berikut:
1) Perakaunan 2) Ekonomi Asas 3) Perdagangan 4) Sains 
Tambahan 5) Peng. Keusahawanan 6) Sains 7) Fizik 8) 
Biologi 9) Kimia 10) PKA/PKE/PKM/TK/LK
E Matematik Tambahan


jurusan teknikal
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Kimia
C Matematik Tambahan
C Fizik
C PKA/PKE/PKM/TK


1.     Pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan dibenarkan.
        Hantar surat rayuan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
2.     Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains TIDAK dibenarkan.





#doakan aku dapat matrik...insha Allah











2 comments:

  1. minat~..tapi dngan result espiem...pulun study dkat matrik balik kot..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
Instagram