Tetamu

Wednesday, 3 April 2013

kala cinta dan wahyu bersatu

Assalamualaikum

Lama jugak tak buat entri baru...dah berdebu blog nie..uhuk2...hehe..kali nie aku nak cerita pasal drama kat siaran tv al-hijrah..drama nie bertajuk KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU..actually drama nie sambungan dari WARKAH CINTA berbau syurga...so aku syorkan korang yang terlepas drama warkah cinta tu tengok ja kat youtube...haha..tak best la kan kalau tak faham jalan cerita dari awal...dua-dua drama nie diadaptasi dari novel..

WARKAH CINTA berbau syurga



sinopsis ringkas :

Amir Mukhlis seorg mahasiswa yg membesar dlm atmosfera agama yg subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dlm kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat utk keluar dari kemelut ini?

ending drama nie wardah yang dilakonkan oleh heliza helmi meninggal..tak best la heliza helmi dah tak berlakon.....sob2..huhu

`
KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU




SINOPSIS RINGKAS :


"Mesir, bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui ilahi.
Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.
Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."

antara pelakon dia Imam Muda Nazrul, Amira Rosli, Mardiana Alwi

Sebab korang perlu tengok drama ini 


- Pemakaian pelakon sedaya upaya 100% patuh syariah. Menutup aurat.
- Setiap babak dan konflik tidak akan berlaku sentuhan antara lelaki dan wanita.
- Penonjolan pemakaian syiar Islam yang KETARA. Jubah, serban, purdah, tudung labuh dan lain-lain.
- Penonjolan Institusi pondok dan latar kehidupan pelajar pondok.
- Skrip yang memberi penekanan kepada dakwah, uslub, mesej yang lebih serius.
#KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU setiap hari selasa...pukul 10 sampai 11






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Instagram