kelebihan diam


Daripada Anas bin Malik ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Sifat diam itu merupakan hikmat dan sedikit yang dapat melakukannya. (Riwayat al-Baihaqi)


Someone yang pendiam itu bagus bagi aku...tapi jangan la pendiam sampai tahap sombong pulak...lain taw ! So lebih baik diam kerana takut jika tidak dapat berkata-kata yang baik


HIKMAH DIAM
      1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
      2. Perhiasan tanpa berhias.
      3. Kehebatan tanpa kerajaan.
      4. Benteng tanpa pagar.
      5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
      6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
      7. Menutupi segala aib.


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
 

(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". 

(Riwayat At-Tarmizi)

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." 
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, 
Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.



DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.








Comments

  1. Diam Bila perlu.. sbb kdg2x diam boleh redkn situasi namun kadg2x boleh cetus suasan panas dlm hati..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

#part 1 : Asasi Sains Fizikal UNIMAS

ibu bapa yang mengongkong anak-anak ?