lesen oh lesen

Finally ~ dapat juga lesen P untuk motosikal ... secara rasminya aku pemegang lesen P yang berkuatkuasa 18/2/2013 - 18/2/2015 ... huhu ... bukan senang nak dapat lesen rupanya .. sengsara kot .. hujan panas semua aku terpaksa redah (buat teruk sat) .. muahaha .. so bagi korang yang belum ambil lesen motosikal .. dengan kehenseman yang ada kat aku (perasan sat) ... aku bagi langkah-langkah yang korang perlu ambil untuk dapat lesen P motosikal ... perlu ka aku bagitaw ?? bagitaw jelah kan .. sharing is caring kan ...mula-mula korang kena

  1. pergi ke sekolah memandu daftar dulu ... ikot korang la kalau nak guna ajen .. 
  2. pastu korang kena masuk kelas KPP (kursus pendidikan pemandu) 5 jam .. 5 jam ok !!
  3. kena pulak ambil ujian undang-undang berkomputer .. markah lulus 42/50 .. aku ambil 2 kali kot .. kalau repeat kena bayar 17 hinggit .. 
  4. lepas lulus ujian kena hadiri kursus Pra L .. 3 jam teori 3 jam praktikal .. lepas seminggu atau lebih korang dapat la lesen L korang
  5. pastu kena latihan kat litar 8 jam ..aku buat 2 hari ja .. pagi petang 2 jam .. tak lama sangat kan
  6. mesti korang dah cemuih asyik latihan ja kan .. then korang kena buat ujian Pra kelayakan @ QTI
  7. last sekali korang kena hadiri test JPJ .. lesen L mesti cukup matang iaitu sebulan .. do the best ok masa test JPJ .. hehe .. masa aku test JPJ kena nombor 22 .. pak cik JPJ 2 kata kat aku "kamu calon yang ke 8 lulus daripada 22" hehe
  8. lepas dah lulus pi buat lesen P cepat2 .. muahaha

~ sekian terima kasih ~

Comments

  1. otw dapat lesen L utk kereta sekarang ni. 2 minggu lagi, cikgu suruh call dia, utk belajar 10 jam. lepas tu terus test JPJ.

    Lesen motor takde lagi, sebab tak amik pun. Kat rumah takde motor. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

#part 1 : Asasi Sains Fizikal UNIMAS

ibu bapa yang mengongkong anak-anak ?